Bersangka baik setiap waktu dengan sesiapa sahaja


Dalam bersahabat atau pertalian dengan sesiapa sahaja (terutama kalangan keluarga) kita harus selalu bersangka baik. Selalu memberikan kemungkinan yang positif dan sebab di atas sikap yang ditunjukkan atau perlakuan terhadap kita. Janganlah sehingga kita menunjukkan riak wajah 
'tak-boleh-angkat' terhadap orang-orang yang mempunyai sebab tertentu atas sikap-sikap mereka yang kita jelas belum ketahui. Sehingga kita mengadili dan menghukum  orang itu atas perlakuan
mereka terkadang ditujukan bukan keatas diri kita malah terhadap orang lain tetapi kita dengan senang mendengar hasutan syaitan dan memusuhi orang-orang itu. Berilah ruang kemungkinan-kemungkinan atau sebab kepada mereka, hatta sesiapa sahaja mengapa mereka melakukan demikian. Apatah lagi saudara atau sahabat sendiri. Dan andai ingin memberi nasihat haruslah mencari waktu yang sesuai dan tepat untuk menyampaikannya. Jangan sehingga sahabat atau orang yang ingin kita nasihati di dalam keadaan sakit atau masih berserabut dengan masalah, kita susahkan mereka lagi dengan nasihat kita. Jangan kita terjah kesilapan orang yang kecil tetapi menjadi dosa besar bagi diri kita, naudzubillah!.





 



0 comments:

Post a Comment