Lama
tak bersembang sakan dengan teman karibku.
So, kami melepas rindu bertemu. Sambil
menjamu selera di sebuah kafe, kami berdua saling berdiskusi tentang hal-hal
yang terjadi disekeliling kami.
Antaranya topik hangat tentang berlangsungnya
persandingan anak saudara teman karibku.
Minggu lepas telah berlangsung
perkahwinan anak saudara kepada teman karibku. Seorang graduan dari salah satu
Univesiti yang terkemuka di sini.
Sudah tentulah kedua ibu dan bapanya amat
berbangga dengan si anak lantas menginginkan majlis besar-besaran untuk si anak
pertamanya.
Walau kemampuan tidak mengizinkan tetapi mereka tetap dengan
keinginan yang pada realitinya akan membebankan semua pihak.
Sudah ketara si
anak juga tidak mampu membiayai majlis sebegitu namun kerana kehendak kedua
orang tuanya, di gagahkan juga diri untuk mencari rezeki yang lebih bagi
menjana majlis besar-besaran itu.
Wang hantaran juga menjadi isu apabila kedua
ibu bapa pihak perempuan melambung tinggi hanya kerana anaknya berijazah
sarjana.
Ilmu yang tinggi=hantaran yang tinggi juga ke?
Bila temanku cuba
menyuarakan pendapatnya, ada pula suara sumbang yang berkata ‘tak kita tak
orang, kalau anak kita belajar tinggi pon kita akan berbuat yang sama’.
Temanku
hanya tersenyum hambar.
Langsung bukan pendirian nya dan lantas kami mula membincangkan
lebih mendalam akan hal ini sekadar melepaskan geram yang bergejolak di hati.
Temanku
menambah pada masa yang sama di mana dia mencelah dan menyuarakan pendapat nya,
ada beberapa pakcik dan makciknya yang lain merasa dia mungkin berlebihan
menyuarakan pendapat memandangkan usianya yang agak muda.
Apa nak buat orang
tak nampak apa yang kita tahu. Kelebihan ini tak perlu nak di tunjukkan pada
mereka yang tidak akan faham walau kita terangkan panjang sedepa.
Ada sesuatu
yang angkuh dan sombong dalam diri mereka sehingga berfikiran negatif pada
orang sahaja dan tidak pada diri sendiri.
Demi menjaga hati semua, teman ku
tutup cerita tentang persiapan majlis anak saudaranya dan apa-apa jua yang
berkaitan dengannya.
Kami
berdua sepakat bersetuju iaitu terkadang diam itu lebih baik jika ianya tidak
melukakan mana-mana pihak kerana bunyi yang sedikit akan membuat hati
berselirat dengan bermacam tuduhan.
Temanku
bercerita selanjutnya, hari yang dinanti tiba jua namun temanku pula dilanda
demam serta sakit pada seluruh anggota badan beberapa hari sebelumnya.
Lantas
memaklumkan pada ibu dan bapanya bahwa kemungkinan u tidak dapat hadir sama
sekali memandangkan untuk berdiri pon dia tak mampu.
Ibunya pula terpaksa
menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pejabat di KL.
Ayahnya apalagi, of
course lah tak happy, menunjukkan wajah yang mencuka kerana sudah tentu dia
akan diasak dengan pertanyaan mengapa anggota keluarganya tidak hadir. Pasca,
berterus terang itu adalah yang terbaik namun hakikatnya ianya tidak diterima
dengan mudah. Abang dan adik-adiknya pula semuanya bekerja dan tidak juga dapat
hadir.
Hal yang sangat tidak temanku duga terjadi apabila pakcik dan makciknya
menganggap temanku, sekeluarga sengaja tidak mahu menghadiri majlis itu.
Sungguh
temanku tak faham langsung!
Nyata temanku hanya tidak hadir pada majlis itu
kerana sakit tetapi di adili seperti melakukan satu kesalahan merosakkan majlis
pula.
Semakin temanku tidak boleh terima apabila ada seorang pakciknya ini yang
selalu mempamerkan tokoh seseorang yang penuh ilmu agama menunjukkan wajah
‘muka tak boleh angkatnya’ padanya waktu bertembung pada satu majlis
persandingan yang lain beberapa minggu kemudian.
Kesemua ahli keluarganya tidak
diendahkan walau mereka hanya ingin bersalaman dengannya. Mengapa ‘perangai’
sangat sikapnya.
Dah macam makcik jiran sebelah punya perangai pulak!
Kemana
pergi iman di dada?
Temanku berfikir dimana pula diletak hujah-hujah yang
sering dibaca di watsappnya tentang
orang-orang munafik, perjalanan menuju keampunan dan bla..bla..bla sebakul
banyaknya?
Memang lah temanku ini tak pandai nak melabelkan orang kerana
siapalah dia nak memperkatakan ‘perangai’ orang lain sedang dia atau
keluarganya masih dalam proses memperbaiki kelemahan sendiri.
Tapi makhluk yang
satu ini umpama salah orang sering nak diterjahnya tapi nampak ke dia kelemahan
dirinya yang satu ini?
Janganlah bila Al-quran dan hadith dah dapat dijulang,
perangai buruk sekecil ini tak dapat nak di tapis atau ditangkis dari hati?
Akhirnya
mereka sekeluarga tertanya mengapa pakciknya berkelakuan sebegitu. Apa salah
mereka? Apa boleh buat temanku hanya diam tidak berkata apa-apa sedangkan ayahnya
masih juga cuba membela abangnya seperti biasa.
Mencari alasan yang bernas
untuk menunjukkan yang ‘perangai’ abangnya itu tidak salah.
Jelas sekali jika temanku buka mulut tentulah akan terjadi satu perdebatan
seterusnya pertelingkahan. Untuk seseorang yang hanya tahu mengadili dan sekaligus
menghukum orang, tidak layak dihormati.
Kasihan sungguh dengan orang yang
sebegini.
Sering kali mempamerkan keahliannya tentang ilmu agama dan sering
menegur siapa sahaja yang melakukan kesilapan hatta kesilapan sendiri semakin
hari semakin parah.
Akhirnya, aku dan temanku sama2 setuju bahwa tak perlulah terlalu menitik berat akan sama ada 'orang akan hadir majlis walimah kita yang gah itu'. Yang penting pernikahan yang amat diberkahi untuk kedua mempelai. Majlis yang sederhana sudah mencukupi. Walau hanya sedikit yang hadir ke majlis itu namun yang penting doa keluarga terdekat untuk kedua mempelai. Lagi pula majlis yang besar serta belanja yang tinggi semuanya hanya membazir sahaja. Dan tak perlulah meletakkan hantaran yang tinggi semata-mata berkelulusan tinggi kerana pada akhirnya banyak juga perkara lain yang tidak dapat ditepati. Maksudnya yang berkelulusan tinggi itu bukan lah yang menjamin rumahtangga yang harmoni serta menuju akhirah/Jannah. Banyak lagi si kedua mempelai ini harus pelajari dalam meniti rumahtangga. Wang hantaran yang tinggi hanya untuk menjadi pameran pada umum sedangkan mereka masing-masing datang dari keluarga sederhana sahaja. Wang sebegitu banyak sepatutnya dibelanjakan ke jalan Allah atau mengerjakan umrah mungkin, mengambil sedikit berkah dari mendirikan masjid. Hmmm...macam-macam ragam kan? Aku dan teman sungguh merasa banyak lagi yang nak dibincangkan.
Next sembang session.....tunggu...
0 comments:
Post a Comment