Alhamdullilah, bertemu lagi Ramadhan 1435h. Allah panjangkan umur ini untuk melalui Ramadhan sekali lagi.
Puasa di bulan Ramadhan, rukun Islam yang ke empat yang dituntut oleh semua yang beragama Islam.
Aku, bersyukur sangat2 kerana Allah masih memberi aku kesempatan ini.
Aku amat menghargai kesempatan ini.
Berbagai onak dan duri aku lalui sebelum Ramadhan kali ini menjelma.
Kesihatan yang terjejas.
Pertelingkahan yang berakhir dengan perpisahan.
Serta pertalian yang entah kemana kerana tiada keikhlasan selama ini.
Hampir berjuta kali aku bertanya hati ini dan di dalam solat.
Aku kah yang bersalah kerana kurang memperhatikan gerak laku serta tutur kata yang menyinggung
banyak perasaan. Sering ku pohon doa, andai aku yang bersalah aku rela dihukum.
Ya Allah! Kau hukum lah hamba mu yang hina ini.
Sejak hadir ke dunia, aku di pinggir agama, tidak di iktiraf sama sekali. Jauh skali dari kemuliaan.
Sedang setiap insan lahir ke dunia dalam keadaan suci, bagaimana dengan diriku?
Memandangkan insan yang bertanggungjawab tidak menginginkan aku?
Lantas bagaimana aku merasa keikhlasan mereka andai kelahiran yang pantas tidak diingini ini masih
ku lihat tidak juga menyedarkan mereka?
Terusan tenggelam dan larut dalam noda dan dosa baru.
Tiada taubat nasuha sebagai penebus dosa.
Astarghfirullahalazim!
Selama membesar, seringkali merasa diri ini di hina walau tiada yang menghina
Seringkali merasa di fitnah walau tiada yang memfitnah
Selalu merasa terpinggir jika berada di antara yang soleh dan soleha.
Mengapa aku merasa begini??
Ya Allah, apa pun jua keadaan ku waktu di lahirkan
Semuanya terjadi dengan izin MU.
Engkau lebih mengetahui perjalanan kehidupanku yang sering hilang
dalam diri sendiri.
Ya Allah, apa yang terjadi pada diri ini, sehingga lumut2 noda tidak bisa lepas dari diri ini.
Hina sangatkah aku ini Ya Allah?
Aku membesar dengan segala macam dugaan dihadapan.
Aku redha dan pasrah andai itu yang Allah berikan padaku.
Hanya DIA yang maha mengetahui, betapa aku tidak mampu mengharunginya.
Kini, setelah perjalanan yang berliku aku tempuh
KAU terangi perjalanan berliku itu dengan sedikit cahaya.
Berbekalkan cahaya yang masih samar2 itu,
akhirnya aku mampu merasa rasa kasih sayang. Syukur ke hadrat illahi.
Diberi aku merasa secebis kebahagiaan.
Walau permulaannya tiada sempurna, namun sudah cukup buat ku.
Namun aku masih sedih, mereka masih begitu, masih belum mahu mencari jalan penentu.
Belum merasa harus menebus dosa dengan bertaubat kepadaNYA.
Sehingga hati mereka perlahan2 larut dalam bintik2 hitam yang merekah menyeliputi
dan akhirnya menggelapkan hati dari kemuliaan hakiki.
Ya Allah, hanya Engkau yang sering mendengar betapa aku berdoa dan
mengharap belas kasihan dari mu untuk membawa mereka kejalan yang benar.
Andai mereka terlupa untuk kembali dan menebus taubat nasuha itu,
berikanlah aku kekuatan agar aku dapat melakukan untuk mereka.
Kasihanilah mereka Ya Allah! Mereka juga hamba Mu yang dalam kelekaan teramat
sehingga lupa jalan kembali kepadaMu!
Ya Allah, apa jua tuduhan atau panggilan yang mereka berikan padaku,
aku minta kekuatan dari Mu agar aku tidak ambil hati atau merasa marah
pada mereka. SesungguhNya mereka sedang jauh dari kesedaran yang seharusnya.
Semoga kau ampuni aku andai aku merasa mereka tidak layak menjadi orang tua ku
kerana mempunyai tingkah laku yang tidak islami itu.
Ya Allah, andai aku anak sial yang di gelar si bapa, kau berikanlah lelaki itu
hidayah, agar dia dapat kembali mengingati siapakah dia sebenarnya di sisi Mu.
Andai aku anak yang tiada ugama seperti yang di panggil si Ibu, Kau ampunkanlah
dia dan aku mohon agar Kau berikan rasa itu ke hatinya.
Rasa bagaimana saat dia membawa aku melihat dunia dalam keadaan di hujung nyawa.
Pengalaman itu mungkin yang teramat pahit tapi itulah balasan setimpal untuknya.
Sungguh bukan untuk aku memperkatakan apakah dosanya tetapi itulah yang di ajarkan
padaku.
Ya Allah, aku memohon pada MU, sesungguhnya aku merayu di bulan Ramadhan ini,
Kau perkenan aku menjadi Islam sebenar-benarnya, menegakkan Iman yang dituntut serta
Kau saluti hatiku ini dengan penuh keihsanan agar aku dapat melihat kedua-dua mereka
dengan penuh rasa kasih sayang, serta kemuliaan dan dapat membantu menebus dosa, serta
taubat nasuha yang tertangguh dan akhirnya menerima mereka.
Nukilan rambang seorang hamba Allah.....
0 comments:
Post a Comment