Pulut Kuning & Rendang Ayam pedas




Bahan- Bahannya

@ 300 gm beras pulut ( Dicuci dan ditoskan)
@ 300 ml pati santan
@1 sudu kecil garam
@ 2 sudu besar serbuk kunyit
@ Air secukupnya


Cara menyediakannya:-
  1. Rendamkan beras pulut bersama serbuk kunyit didalam air selama beberapa jam,
  2. Toskan dan kukus pulut selama ½ jam atau sehingga kembang
  3. Masak santan bersama garam sehingga pekat dan berminyak
  4. Keluarkan pulut dan gaul rata bersama santan
  5. Kukus selama 5 minit lagi
  6. Sajikan pulut bersama rendang.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
Santan pekat (anggaran 6 cawan - daripada 2 biji kelapa)
*5-6  ulas bawang merah 
*1 labu bawang besar 
*3-4 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2-3 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*1 sudu teh jintan manis
*1 sudu teh jintan putih
*1 sudu teh ketumbar
*Cili padi
*3-4 batang serai
*4-5 tangkai daun limau purut
2 keping gula nisan
Kerisik (daripada 1/2 biji kelapa)
Sedikit sos cili, sos tomato dan sos tiram
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
2-3 keping asam
Garam secukupnya
Minyak



Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Tumiskan hingga naik bau. 
  • Masukkan ayam dan masak hingga turun air ayam. 
  • Masukkan santan, gula nisan dan asam keping. 
  • Jika kuah masih belum pekat dan ayam kelihatan sudah masak, keluarkan ayam dan masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 
  • Bancuhkan kerisik dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah. Masukkan juga sos. 
  • Masukkan daun kunyit. Seimbangkan rasa masam masin manisnya. 

0 comments:

Post a Comment