Kisah Ada Sejadah Panjang Terbentang


Kisah individu-individu yang harus dijadikan contoh dalam kehidupan kita hari ini yang semakin dibawa
arus kemodenan serta alpa dengan kencanggihan dunia.
Kisah cinta kepada sang Pencipta yang melebihi segala-galanya.

Anda rasa kecundang di dalam bercinta? Jangan layan perasaan kecundang tuu...
Saksikan kisah 'Ada Sejadah Panjang Terbentang' dan tanyakan diri anda sendiri apakah CINTA anda itu sesuatu yang harus diperjuangkan? Paling-paling juga cinta dongeng yang tiada nilai serta meremehkan. Carilah erti CINTA sebenar iaitu cinta pada sang Pencipta dan hati kita akan menyalurkan CINTA ikhlas pada apa jua disekeliling kita hatta pada sesama manusia. Seperti pemuda yang bernama Rosham dalam drama ini.

Drama 'Ada Sejadah Panjang Terbentang' akan mencuit hati kita untuk sekurang-kurangnya bertanyakan apakah ada CINTA di hati kita untuk sang pencipta yang telah mencipta segala sesuatu yang kita punya di dunia ini? Pada mereka yang telah berjaya mencari CINTA sang pencipta, berapa ikhlaskah CINTA kita pada RabbNYA? Sudah tentu drama ini akan membuat anda mengalir airmata lantaran pelakon-pelakon yang hebat berjaya membawa watak masing-masing. Namun bukankah watak-watak itu sebenarnya kita?
Mana mungkin? Kerana kita tidak berjaya membawa watak-watak itu. Hati kita lebih rapuh dari daun-daun kering yang hanya menunggu masa berkecai. Aku sangat terkesan. Walaupun kisah disampaikan berbentuk drama ringan slot Skrin di TV9, drama ini membuat aku bertanyakan hati sendiri berkali-kali, CINTA aku padaNYA bagaimana? Seteguh Rosyam kah?

Jom saksikan drama ini juga dan apakah anda akan juga mula bertanya diri sendiri, di mana CINTA anda padaNYA?




Pelakon-pelakon terhebat ketika ini: Beto Khusyairy, Siti Saleha & Erry Putra.

Link: http://www.moviesinfobsyokv2.net/2015/05/tonton-ada-sejadah-panjang-terbentang.html





0 comments:

Post a Comment