Drama walau sedetik cuma









Walau Sedetik Cuma (TV AlHijrah), sebuah drama yang sangat menyentuh hati, dalam gaya penuh islamik.  
Mengisahkan Azhan (Zul Ariffin yang hot sekarang ini) yang berusia 29 tahun adalah anak tunggal kepada pasangan Datuk Hanafiah (ahli perniagaan berjaya) dan Datin Rosni (pesara kerajaan). Azhan yang banyak meluangkan masa dengan aktiviti luar bersama rakannya seperti berkonvoi ke tempat menarik dan memanjat dinding selalu dileteri ibunya. Datin Rosni kesunyian kerana Datuk Hanafiah juga jarang ada di rumah kerana sibuk mengembangkan perniagaannya. Lantas Datin Rosni yang berasa kesepian sering mendesak Azhan segera berumah tangga kerana dia mahukan cucu. Pada masa sama, Azhan kerap diserang sakit kepala. Ibunya menyangka Azhan terlalu letih dengan bebanan kerja sehingga tidak cukup rehat.

Suatu hari, keika Azhan mengadakan aktiviti riadah bersama rakannya, Muadz, dia diserang sakit kepala yang teruk lalu jatuh pengsan. Bagaimanapun, Azhan hanya mengalami luka luaran namun selepas pemeriksaan selanjutnya dilakukan, Azhan dikejutkan dengan khabar yang bakal merubah seluruh hidupnya. Berdasarkan ujian MRI yang dilakukan ke atasnya, Azhan dimaklumkan menghidap kanser otak dan dia bertambah sedih apabila doktor meramalkan yang dia dapat hidup beberapa bulan saja lagi. 

Drama ini banyak memberi pengajaran tentang kehidupan, mensyukuri nikmat yang Allah swt beri dan senantiasa yakin akan takdir, qada' qadar dari Allah. Apabila kematian mendekati kita, barulah kita sedar siapa diri ini di muka
bumi Allah ini.  Lakona: Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Hairi Safwan,  Zain Saidin, Ana Dahlia dan ramai lagi.

Link: Episode 1
http://www.dailymotion.com/video/x1rmawy_crazyscreen-biz-walau-sedetik-cuma-e01_shortfilms

Link: Episode 2
http://v-bskos.blogspot.sg/2014/09/walau-sedetik-cuma-episod-2.html

Link: Episode 3
http://kilangceritaterkini.blogspot.sg/2014/05/walau-sedetik-cuma-2014-episode-3.html

Link: Episode 4
http://kilangceritaterkini.blogspot.sg/2014/06/walau-sedetik-cuma-2014-episode-4.html

Link: Episode 5
http://kilangceritaterkini.blogspot.sg/2014/06/walau-sedetik-cuma-2014-episode-5.html

Link: Episode 6
http://kilangceritaterkini.blogspot.sg/2014/06/walau-sedetik-cuma-2014-episode-6.html

Link: Episode 7
http://kilangceritaterkini.blogspot.sg/2014/06/walau-sedetik-cuma-2014-episode-7.html

Link: Episode 8
http://v-bskos.blogspot.sg/2014/09/walau-sedetik-cuma-episod-8.html

Link: Episode 9
http://v-bskos.blogspot.sg/2014/09/walau-sedetik-cuma-episod-9.html

Link: Episode 10
http://www.layantube.pw/2014/07/walau-sedetik-cuma-10.html

Link: Episode 11
http://www.layantube.pw/2014/07/walau-sedetik-cuma-11.html

Link: Episode 12
http://www.layantube.pw/2014/07/walau-sedetik-cuma-12.html

Link: Episode 13 (terakhir)
http://www.layantube.pw/2014/08/walau-sedetik-cuma-13.html





0 comments:

Post a Comment