Setiap Syawal menjelma, setiap itu juga cerita kekeluargaan yang paling utama.
Seboleh-bolehnya, ayah dan ibu orang yang pertama kita cari untuk memohon keampunan di
pagi Syawal. Namun tidak semua keluarga menjalani pengalaman kehidupan yang sama. Pada
masa semua insan bermaafan sekeluarga, ada juga yang mengharungi duka. Pada mereka yang ketiadaan
kaum keluarga, pergi selamanya, berlinangan airmata beraya tanpa mereka yang tercinta.
Bagi mereka yang menghadapi dugaan, berbalah serta bersengketa diantara keluarga, tiada
jalan lain selain bermaafan sahaja. Sukar mungkin memaafkan tetapi hakikatnya hanya Allah swt sahaja
yang patut menghukum bukan kita manusia biasa. Apalah daya kita. Selain menerima segalanya dengan
hati ikhlas dan pasrah dengan ketentuan, takdir Allah swt.
Ibu, Ayah......seburuk mana pun mereka, itulah anugerah Allah buat kita. Walaupun tidak sempurna
cara mereka membesarkan kita sehingga meletakkan kita kedalam keadaan susah, perit dan apa2 jua
yang kurang, mereka tetap ibu yang melahirkan (walaupun kita anak yang tidak dikehendaki/benci) dan
ayah yang menghempas kudratnya demi membesarkan kita (mungkin ada ayah yang tidak menghiraukan langsung) mereka tetap insan yang menjadikan kita melihat dunia ini. Arahkanlah hati kita pada NYA dan
perbanyakkan doa agar kita selalu mengingati insan yang bergelar Ibu dan Ayah ini walau hanya
di dalam hati.
PS: Emak, Abah, anakmu ini memohon keampunan kerana tak mampu menjadi anak sesempurna yang
emak dan abah inginkan. Insya'allah, telah anakmu ini letakkan Emak dan Abah pada setiap doaku.
Semoga Allah swt memberkati setiap pengorbanan yang telah Emak dan Abah lakukan untuk anakmu ini.
Belanja Raya saya....iklan penuh makna!
Kisah individu-individu yang harus dijadikan contoh dalam kehidupan kita hari ini yang semakin dibawa
arus kemodenan serta alpa dengan kencanggihan dunia.
Kisah cinta kepada sang Pencipta yang melebihi segala-galanya.
Anda rasa kecundang di dalam bercinta? Jangan layan perasaan kecundang tuu...
Saksikan kisah 'Ada Sejadah Panjang Terbentang' dan tanyakan diri anda sendiri apakah CINTA anda itu sesuatu yang harus diperjuangkan? Paling-paling juga cinta dongeng yang tiada nilai serta meremehkan. Carilah erti CINTA sebenar iaitu cinta pada sang Pencipta dan hati kita akan menyalurkan CINTA ikhlas pada apa jua disekeliling kita hatta pada sesama manusia. Seperti pemuda yang bernama Rosham dalam drama ini.
Drama 'Ada Sejadah Panjang Terbentang' akan mencuit hati kita untuk sekurang-kurangnya bertanyakan apakah ada CINTA di hati kita untuk sang pencipta yang telah mencipta segala sesuatu yang kita punya di dunia ini? Pada mereka yang telah berjaya mencari CINTA sang pencipta, berapa ikhlaskah CINTA kita pada RabbNYA? Sudah tentu drama ini akan membuat anda mengalir airmata lantaran pelakon-pelakon yang hebat berjaya membawa watak masing-masing. Namun bukankah watak-watak itu sebenarnya kita?
Mana mungkin? Kerana kita tidak berjaya membawa watak-watak itu. Hati kita lebih rapuh dari daun-daun kering yang hanya menunggu masa berkecai. Aku sangat terkesan. Walaupun kisah disampaikan berbentuk drama ringan slot Skrin di TV9, drama ini membuat aku bertanyakan hati sendiri berkali-kali, CINTA aku padaNYA bagaimana? Seteguh Rosyam kah?
Jom saksikan drama ini juga dan apakah anda akan juga mula bertanya diri sendiri, di mana CINTA anda padaNYA?
Emma Maembong sekali lagi digandingkan dengan Aiman Hakim Ridza.
Mereka berdua memang gandingan yang serasi.
Lakonan Emma Maembong juga semakin baik. Natural sahaja watak yang dibawa.
Watak Medina Izwani yang di bawa Emma hidup di layar TV dengan aksi-aksi lucu dan sedih
seperti di dalam novel. Dr Nazrin pula yang akhirnya menyedari cintanya pada isteri yang dinikahi,
watak yang di bawa oleh Aiman Hakim juga mantap.
Walau bagaimanapun, jalan cerita tiada kelainan. Seperti kebanyakkan cerita-cerita cinta sekarang
terpaksa berkahwin dan akhirnya bercinta. Rasa2 nye dah terlalu banyak cerita begini kot.
Apa2 pun, cara Emma Maembong dan Aiman Hakim melakonkan watak ini sangat berkesan.
Kisah sedih dan lucu dalam bercinta memang mencuit hati.
Jom layan drama Isteri Separuh Masa ni.....(link di bawah)
PS: Menanti sebuah kisah cinta yang lain dari yg biasa....
What does this teach you?And how will your behaviour change after this?Psychologist Jill Hooley researched the impact of critical and hostile remarks made by loved ones at Harvard and calls criticism from a loved one "low grade punches to the brain". Critical remarks from a loved one triggers certain emotions in our brains like inadequacy or despair. Their status in your life and shared history makes their comments weigh more and that's why they affect our brains more than a random person's comment to us on the street or even an acquaintance. A parent telling their child is 'worthless' is much more hurtful, for example. - The Ideal Muslimah
No kidding but good body shape and clear fabulous complexion is all what every woman dream of.
As any other woman would love the attention given when been looked at, do bear in mind that
all the above are subjective. Seriously, at the end of the day, you would only like to look pretty for
the one you love the most. Not all but ONE! And what if that ONE only sees you pretty differently?
Meaning rather than having that good body shape and fabulous face, he prefer you to be charming
and heartily beautiful. On top of that, he wants you to be intelligent as to be able to interact and
blends into his social life. Be able to manage his 'assets' in future *assets as in family and children
once married. Be able to lead him on whenever he is lost. Be able to give him the extra booster of strength
whenever he find himself falling into difficulty. Most of all, he expects you to love him 24 hours
without restrictions and conditions. Sounds a little bit too much?? Hmmmm.....it is always better
to shape yourself to all those good traits rather than just having good physical outlook.
As the saying always goes....'Beauty with Brains' is the best to describe a fabulous woman.
I have tried it. The words worked magically! Try it, you'll be amazed....
Hmmm...nak update ni, Ungku Ismail Aziz pelakon lelaki yang hot sekarang. Rasa-rasa lebih hot dari Zul Ariffin. Ada charm gitu! Kalau tak percaya cuba follow drama Teman Lelaki Upahan dan Terlanjur Mencintaimu. Lakonan yang bersahaja dan menarik. Ni saya ulas sikit drama Teman Lelaki Upahan....jom!
Kisah Kyra Lydia dan Ezwan Lutfi bertemu dan berlakon dalam sebuah pertalian sebagai pasangan kekasih. Masing-masing dengan agenda tersendiri. El (Ezwan Lutfi) yang patah hati kerana cintanya pada Zara tidak berbalas manakala Kyra pula di tinggal kekasih yang jatuh cinta dengan bakal isteri yang di jodohkan oleh keluarga. Kyra terdesak untuk mengupah El untuk menjadi teman lelakinya disebabkan oleh ayahnya yang menginginkan Kyra bernikah secepat mungkin untuk mewarisi bisnes serta kekayaan ayahnya. Tanpa kededuanya menyedari, mereka akhirnya terperangkap oleh perasaan masing-masing. Drama cinta yang mencuit hati dengan adegan-adegan romantik komedi serta babak-babak yang akan membuat anda juga ingin tahu kisah percintaan mereka yang seterusnya.
Drama yang diadaptasikan dari novel, EPISOD : 28 episod TARIKH : 10 Februari 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 malam) SIARAN : Slot Akasia 2015 PENGARAH : Azma Aizaal Yusoof TERBITAN : Karya Seni / Primeworks Studio PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad, Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar, Fikhree Bakar, Siti Nur Zakiah, Sharifah Alesha, Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian PRamlee dll
Link Drama Teman Lelaki Upahan:
A lot of things has gone wrong lately
I shun and walked away from all
And enter the world of loneliness
And it was in those moments of loneliness that I found You. Alhamdullilah!