Hmmm...nak update ni, Ungku Ismail Aziz pelakon lelaki yang hot sekarang. Rasa-rasa lebih hot dari Zul Ariffin. Ada charm gitu! Kalau tak percaya cuba follow drama Teman Lelaki Upahan dan Terlanjur Mencintaimu. Lakonan yang bersahaja dan menarik. Ni saya ulas sikit drama Teman Lelaki Upahan....jom!





Kisah Kyra Lydia dan Ezwan Lutfi bertemu dan berlakon dalam sebuah pertalian sebagai pasangan kekasih. Masing-masing dengan agenda tersendiri. El (Ezwan Lutfi) yang patah hati kerana cintanya pada Zara tidak berbalas manakala Kyra pula di tinggal kekasih yang jatuh cinta dengan bakal isteri yang di jodohkan oleh keluarga. Kyra terdesak untuk mengupah El untuk menjadi teman lelakinya disebabkan oleh ayahnya yang menginginkan Kyra bernikah secepat mungkin untuk mewarisi bisnes serta kekayaan ayahnya. Tanpa kededuanya menyedari, mereka akhirnya terperangkap oleh perasaan masing-masing. Drama cinta yang mencuit hati dengan adegan-adegan romantik komedi serta babak-babak yang akan membuat anda juga ingin tahu kisah percintaan mereka yang seterusnya.
Drama yang diadaptasikan dari novel,

EPISOD : 28 episod
TARIKH : 10 Februari 2015 (Isnin-Khamis, 7.00 malam)
SIARAN : Slot Akasia 2015
PENGARAH : Azma Aizaal Yusoof
TERBITAN : Karya Seni / Primeworks Studio
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad, Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar, Fikhree Bakar, Siti Nur Zakiah, Sharifah Alesha, Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian PRamlee dll
Link Drama Teman Lelaki Upahan:

http://www.moviesinfobsyokv2.net/2015/01/teman-lelaki-upahan-2015-full-episod.html





Today, give yourself sometime and think hard.....whether its worth judging & insulting others.




Lama tak bersembang sakan dengan teman karibku. 
So, kami melepas rindu bertemu. Sambil menjamu selera di sebuah kafe, kami berdua saling berdiskusi tentang hal-hal yang terjadi disekeliling kami. 
Antaranya topik hangat tentang berlangsungnya persandingan anak saudara teman karibku. 
Minggu lepas telah berlangsung perkahwinan anak saudara kepada teman karibku. Seorang graduan dari salah satu Univesiti yang terkemuka di sini. 
Sudah tentulah kedua ibu dan bapanya amat berbangga dengan si anak lantas menginginkan majlis besar-besaran untuk si anak pertamanya. 
Walau kemampuan tidak mengizinkan tetapi mereka tetap dengan keinginan yang pada realitinya akan membebankan semua pihak. 
Sudah ketara si anak juga tidak mampu membiayai majlis sebegitu namun kerana kehendak kedua orang tuanya, di gagahkan juga diri untuk mencari rezeki yang lebih bagi menjana majlis besar-besaran itu. 
Wang hantaran juga menjadi isu apabila kedua ibu bapa pihak perempuan melambung tinggi hanya kerana anaknya berijazah sarjana. 
Ilmu yang tinggi=hantaran yang tinggi juga ke? 
Bila temanku cuba menyuarakan pendapatnya, ada pula suara sumbang yang berkata ‘tak kita tak orang, kalau anak kita belajar tinggi pon kita akan berbuat yang sama’. 
Temanku hanya tersenyum hambar. 
Langsung bukan pendirian nya dan lantas kami mula membincangkan lebih mendalam akan hal ini sekadar melepaskan geram yang bergejolak di hati.
Temanku menambah pada masa yang sama di mana dia mencelah dan menyuarakan pendapat nya, ada beberapa pakcik dan makciknya yang lain merasa dia mungkin berlebihan menyuarakan pendapat memandangkan usianya yang agak muda. 
Apa nak buat orang tak nampak apa yang kita tahu. Kelebihan ini tak perlu nak di tunjukkan pada mereka yang tidak akan faham walau kita terangkan panjang sedepa. 
Ada sesuatu yang angkuh dan sombong dalam diri mereka sehingga berfikiran negatif pada orang sahaja dan tidak pada diri sendiri. 
Demi menjaga hati semua, teman ku tutup cerita tentang persiapan majlis anak saudaranya dan apa-apa jua yang berkaitan dengannya.
Kami berdua sepakat bersetuju iaitu terkadang diam itu lebih baik jika ianya tidak melukakan mana-mana pihak kerana bunyi yang sedikit akan membuat hati berselirat dengan bermacam tuduhan.

Temanku bercerita selanjutnya, hari yang dinanti tiba jua namun temanku pula dilanda demam serta sakit pada seluruh anggota badan beberapa hari sebelumnya. 
Lantas memaklumkan pada ibu dan bapanya bahwa kemungkinan u tidak dapat hadir sama sekali memandangkan untuk berdiri pon dia tak mampu. 
Ibunya pula terpaksa menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pejabat di KL. 
Ayahnya apalagi, of course lah tak happy, menunjukkan wajah yang mencuka kerana sudah tentu dia akan diasak dengan pertanyaan mengapa anggota keluarganya tidak hadir. Pasca, berterus terang itu adalah yang terbaik namun hakikatnya ianya tidak diterima dengan mudah. Abang dan adik-adiknya pula semuanya bekerja dan tidak juga dapat hadir. 
Hal yang sangat tidak temanku duga terjadi apabila pakcik dan makciknya menganggap temanku, sekeluarga sengaja tidak mahu menghadiri majlis itu. 
Sungguh temanku tak faham langsung! 
Nyata temanku hanya tidak hadir pada majlis itu kerana sakit tetapi di adili seperti melakukan satu kesalahan merosakkan majlis pula. 
Semakin temanku tidak boleh terima apabila ada seorang pakciknya ini yang selalu mempamerkan tokoh seseorang yang penuh ilmu agama menunjukkan wajah ‘muka tak boleh angkatnya’ padanya waktu bertembung pada satu majlis persandingan yang lain beberapa minggu kemudian. 
Kesemua ahli keluarganya tidak diendahkan walau mereka hanya ingin bersalaman dengannya. Mengapa ‘perangai’ sangat sikapnya. 
Dah macam makcik jiran sebelah punya perangai pulak! 
Kemana pergi iman di dada? 
Temanku berfikir dimana pula diletak hujah-hujah yang sering  dibaca di watsappnya tentang orang-orang munafik, perjalanan menuju keampunan dan bla..bla..bla sebakul banyaknya? 
Memang lah temanku ini tak pandai nak melabelkan orang kerana siapalah dia nak memperkatakan ‘perangai’ orang lain sedang dia atau keluarganya masih dalam proses memperbaiki kelemahan sendiri. 
Tapi makhluk yang satu ini umpama salah orang sering nak diterjahnya tapi nampak ke dia kelemahan dirinya yang satu ini? 
Janganlah bila Al-quran dan hadith dah dapat dijulang, perangai buruk sekecil ini tak dapat nak di tapis atau ditangkis dari hati? 
Akhirnya mereka sekeluarga tertanya mengapa pakciknya berkelakuan sebegitu. Apa salah mereka? Apa boleh buat temanku hanya diam tidak berkata apa-apa sedangkan ayahnya masih juga cuba membela abangnya seperti biasa. 
Mencari alasan yang bernas untuk menunjukkan yang ‘perangai’ abangnya itu tidak salah. 
Jelas sekali jika temanku buka mulut tentulah akan terjadi satu perdebatan seterusnya pertelingkahan. Untuk seseorang yang hanya tahu mengadili dan sekaligus menghukum orang, tidak layak dihormati. 
Kasihan sungguh dengan orang yang sebegini. 
Sering kali mempamerkan keahliannya tentang ilmu agama dan sering menegur siapa sahaja yang melakukan kesilapan hatta kesilapan sendiri semakin hari semakin parah.

Akhirnya, aku dan temanku sama2 setuju bahwa tak perlulah terlalu menitik berat akan sama ada 'orang akan hadir majlis walimah kita yang gah itu'. Yang penting pernikahan yang amat diberkahi untuk kedua mempelai. Majlis yang sederhana sudah mencukupi. Walau hanya sedikit yang hadir ke majlis itu namun yang penting doa keluarga terdekat untuk kedua mempelai. Lagi pula majlis yang besar serta belanja yang tinggi semuanya hanya membazir sahaja. Dan tak perlulah meletakkan hantaran yang tinggi semata-mata berkelulusan tinggi kerana pada akhirnya banyak juga perkara lain yang tidak dapat ditepati. Maksudnya yang berkelulusan tinggi itu bukan lah yang menjamin rumahtangga yang harmoni serta menuju akhirah/Jannah. Banyak lagi si kedua mempelai ini  harus pelajari dalam meniti rumahtangga. Wang hantaran yang tinggi hanya untuk menjadi pameran pada umum sedangkan mereka masing-masing datang dari keluarga sederhana sahaja. Wang sebegitu banyak sepatutnya dibelanjakan ke jalan Allah atau mengerjakan umrah mungkin, mengambil sedikit berkah dari mendirikan masjid. Hmmm...macam-macam ragam kan? Aku dan teman sungguh merasa banyak lagi yang nak dibincangkan.
Next sembang session.....tunggu...