Muhasabah - Pembuka tirai 2015



Celik mata pagi ini, seperti biasa macam hari2 yang selalunya, rutin pagi bersiap untuk ke tempat kerja.
Handphone yang masih dalam silent mode bernyala-nyala meminta perhatian di pagi hari.
Apahal? pagi-pagi ada yang sibuk menghantar mesej. Dalam keadaan kelam kabut menyiapkan
sarapan serta diri untuk ke tempat kerja, tetap nak jugak tahu apa mesej pagi-pagi yang masuk.
5 saat jeling ke handphone. "Selamat menyambut tahun Baru 2015"
Woaa...lupa da masuk hari kedua tahun baru 2015. Rutin sehari-hari membuat diri terlupa yang tahun
dah berganti. Tahun baru, semua baru dan akan ada saat dan getir yang baru yang akan dilalui. Klise laa.
Hakikatnya semua masih sama. Rutin seharian buat rasa tahun baru sama jer!
Tu la dia! Jangan kerana rutin seharian bermula sama, tahun dah baru pon masih dengan gaya lama.
Ada lagi satu benda koman (common) yang terjadi setiap tahun baru tiba.
Apa lagi kalau tak resolusi. Kedengaran laa cam ayam riuh sekampung semuanya dengan resolusi 'Aku'
tahun baru ni. Apa kelas?
Kita tukar kata Resolusi tu pada Muhasabah, cantik? Molek ku rasa. Muhasabah sama cam Evaluasi.
Muhasabah diri, muhasabah perangai, muhasabah hati, muhasabah kocek, muhasabah matlamat
dan banyak lagi yang harus kita muhasabahkan.

Yang penting tahun baru ini kita mulakan dengan memuhasabahkan diri.
Cari-carilah diri kita sebagai seorang yang mengaku Muslimin/Muslimat sejati.
Ertikanlah dua kalimah syahadah yang selalu kita sebut dalam solat selalu.
Dua perkara terpenting dalam mendekatkan diri dengan yang menjadikan kita.
Sematkan dalam hati mengikut semua perintah wajib, apa-apa sahaja yang diwajibkan oleh kita
yang bergelar Islam. Cuba sedaya upaya buat to the closest 0.1%. Insya'allah.
Lepas itu kalau rasa ingin menggandakan lagi saham akhirat, lakukan pula perkara-perkara
yang jatuh pada sunat muakkad (sunat yang diwajibkan). Baru seru! Ini baru identiti seorang muslim
sebenar dan hati menjadi kaya dengan amalan yang diwajibkan oleh sang pencipta.
Bayangkan di tempat kerja, kalau kita di naikkan pangkat serta gaji digandakan pula kerana
pencapaian kita terbaik diantara pekerja-pekerja yang lain, tentu kita rasa di hargai dan semua
usaha yang kita kerjakan rasa berbaloi. Kalau untuk dunia kita mampu melakukan itu kenapa tidak untuk
sang pencipta yang selalu memberi apa yang kita perlukan. Bukan sahaja di dunia ini malah terpenting
di akhirat nanti. Masya'allah, kita sering melupakan yang menghidupkan kita di bumi ini, yang
menunjukkan jalan pintu rezeki, yang memberi kita zuriat, kudrat serta kelengkapan untuk kita mengharungi
cabaran dunia ini. Masih jugak kita lupa dan alpa pada Allah swt yang sebenarnya terlalu dekat
dengan kita. Pada junjungan Nabi kita Rasullulah saw yang sering mendoakan kita umatnya di dalam
solatnya, tidakkah itu sudah cukup untuk kita sedar betapa besarnya pengorbanan beliau?
Rasullulah pantas dicintai oleh kita umatnya. Rasullulah pantas dijadikan idola dalam kehidupan
kita di dunia ini. Semoga aku diberi hati yang selalu ingat Rabb yang menjadikanku, menghambakan diri padaNYA dan seboleh mungkin hdup sederhana, merendah diri seperti Rasullulah menjalankan kehidupannya dahulu.

Biar hanya DIA yang tahu apa yang ingin aku capai dan yang ingin aku kuburkan pada tahun 2015 ini.
Kerana segala urusan duniawi tidak punya kepentingan dalam kehidupan kita sebenarnya.
Ia hanya sebagai batu loncatan untuk kita menyempurnakan urusan akhirat yang menjadi tujuan sebenar
kita. Semoga aku dapat mencapai keinginan menjadi zuhud dan merealisasikan hidup seperti sabda Rasullulah saw, Barangsiapa diam -pandai menjaga lisan- niscaya dia akan selamat.” (lihat az-Zuhd li Ibni Abi ‘Ashim, hal. 15)
Yang demikian, setiap tahun, memuhasabah diri itu punya kebaikan.
Mengingatkan kita siapa diri kita yang sebenar-benarnya.


0 comments:

Post a Comment