Seorang Ibu yang begitu teruja apabila mengetahui bahawa dirinya hamil anak pertama. Si bakal bapa pula merasa dirinya mula mempunyai matlamat dalam kehidupan kerana zuriatnya bakal lahir kedunia. Kedua Ibu bapa ini begitu gembira dan mula mengorak langkah ke hadapan berazam menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab serta mempersiapkan diri dalam apa jua bentuk bagi membesarkan insan yang istimewa yang bakal lahir nanti.Sudah tentu bukan mudah bagi seorang ibu itu menjalani hari-harinya membawa bayi yang dikandung itu. Bebagai ujian dilalui, dari alahan, keadaan diri tak menentu serta perasaan yang sering bertukar mengikut keadaan dan situasi. Sungguh, bukan sesuatu yang mudah! Namun ada segelintir ibu-ibu yang menambah ilmu dengan membaca dan mendalami ilmu Al-Quran yang mengajar mereka bagaimana mengatasi dugaan dan kepayahan yang dilalui sewaktu hamil. Semoga kita adalah di dalam golongan ibu-ibu yang begini. Si bapa pula mula melakar masadepan serta bekerja keras menabung untuk masadepan insan yang akan dibesarkan nanti. Tentu memerlukan banyak pengorbanan, fisikal dan mental. Bukan sahaja persiapan berbentuk materi tetapi juga persiapan tenaga serta perasaan. Apa jua yang bakal di berikan pada insan yang bakal lahir nanti, semoga bakal ibu bapa ini akan melakukan yang terbaik untuk si anak itu tadi. Seiring itu keikhlasan penting dalam membesarkan dan mencorak masa depan mereka. Kasih sayang yang tiada syarat dan mengikut syariat Islam harus selalu di semat dalam hati agar niat kita sebagai ibu bapa tidak lari dari tanggungjawab sebenar serta amanah yang di berikan pada kita. Suatu tugas yang amat berat tetapi akan memberi kesan yang amat berharga dalam diri kita. Ingatlah! anak itu adalah amanah Allah swt pada kita. Jangan sesekali kita membesarkan mereka dengan harapan mereka akan membalasnya di kemudian hari. Telah dijanjikan andai kita ikhlas dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan membesarkan mereka mengikut ajaran dan panduan yang Islam telah gariskan, insya'allah balasannya akan datang dari Allah swt dalam diri anak itu sendiri. Semoga kita tergolong di dalam ibu bapa yang begini. Amin!
Inginkan Tips-tips mendidik anak-anak?
INTAI sebentar tips dari Prof Muhaya....
- Kanak kanak yg dibesarkan dgn pujian menjadi yakin pada diri dan anak anak yg dibesarkan dgn kritikan dan cemuhan hilang keyakinan diri.
- Audit bagaimana kita besarkan anak anak kita
- Para ibu bapa harus ikhlas mendidik anak anak jadi pencen kubor kita yang akan mendoakan kita bila kita di alam barzah. Jangan sekali niat mendidik anak untuk membuat kita bangga. Bayangkan anak anak kita bersama kita menuju syurga di padang mahsyar. Kalau ini tujuan kita lihat betapa ia akan mengubah cara kita fikir, rasa dan bertindak.
- Jangan sekali mencari penghargaan manusia dalam mendidik anak. Hanya redha Allah. Ini akan mengubah bahasa di rumah kita. Perkataaan " apa orang kata" akan hilang akan timbul" apa Allah lihat dan apa Nabi Muhamaad saw akan buat dalam situasi ini.
Pandang anak anak dan suami atau isteri dgn penuh kasih sayang dan katakan betapa bersyukur mereka berada dalam kehidupan kita
• Perhatikan perangai kita. Adakah membuat perkara bermanafaat, menyenangkan, memudahkan, memberi galakan, kasih sayang atau sebaliknya dengan pandangan, perkataan dan perbuatan kita pada orang lain. Lepas itu nilai hasil kehidupan kita. Ia akan bersamaan apa kita telah beri pada dunia selama ini. Jika buruk yang kita beri maka buruk yang kita dapat.
• Jika kita merasakan kita sentiasa saling bergantungan sesama insan maka kita akan sentiasa mersa belas kasihan dan berkasih sayang sesama insan. betulkan diri sendiri sebelum mebetulkan orang lain dan ajak orang buat kebaikan bukan memandang rendah pada sesiapa. Setiap orang berlainan tahap kesedaran mereka
• Jadikan kasih sayang fokus hidup kita dan lihat apa yang akan berkembang dalam hidup
• Masa depan kita dapat kita ketahui dengan melihat fikiran kita sekarang. Jika positif insyaAllah positif, jika sentiasa berfikir memberi manfaat insyaAllah akan mendapat menafaat. apa kita beri itu kita dapat
• Setiap hari niat memberi kasih sayang pada anak anak dan sentiasa sebut bersyukur mempunyai anak yang baik dan beriman dan sebutkan ini pada mereka. Jika kita tidak beriman bagaimana anak anak akan beriman. Minta maaf pada anak anak atas kesalahan kita mendidik mereka hingga tidak menjadi seperti yang ISlam mahukan . Lihat bagaimana respon mereka.Tentu akan jadi lembut. Ini ubat yang baik untuk anak anak remaja yg nakal

0 comments:
Post a Comment