11:33 AM
11:13 AM
Setiap Syawal menjelma, setiap itu juga cerita kekeluargaan yang paling utama.
Seboleh-bolehnya, ayah dan ibu orang yang pertama kita cari untuk memohon keampunan di
pagi Syawal. Namun tidak semua keluarga menjalani pengalaman kehidupan yang sama. Pada
masa semua insan bermaafan sekeluarga, ada juga yang mengharungi duka. Pada mereka yang ketiadaan
kaum keluarga, pergi selamanya, berlinangan airmata beraya tanpa mereka yang tercinta.
Bagi mereka yang menghadapi dugaan, berbalah serta bersengketa diantara keluarga, tiada
jalan lain selain bermaafan sahaja. Sukar mungkin memaafkan tetapi hakikatnya hanya Allah swt sahaja
yang patut menghukum bukan kita manusia biasa. Apalah daya kita. Selain menerima segalanya dengan
hati ikhlas dan pasrah dengan ketentuan, takdir Allah swt.
Ibu, Ayah......seburuk mana pun mereka, itulah anugerah Allah buat kita. Walaupun tidak sempurna
cara mereka membesarkan kita sehingga meletakkan kita kedalam keadaan susah, perit dan apa2 jua
yang kurang, mereka tetap ibu yang melahirkan (walaupun kita anak yang tidak dikehendaki/benci) dan
ayah yang menghempas kudratnya demi membesarkan kita (mungkin ada ayah yang tidak menghiraukan langsung) mereka tetap insan yang menjadikan kita melihat dunia ini. Arahkanlah hati kita pada NYA dan
perbanyakkan doa agar kita selalu mengingati insan yang bergelar Ibu dan Ayah ini walau hanya
di dalam hati.
PS: Emak, Abah, anakmu ini memohon keampunan kerana tak mampu menjadi anak sesempurna yang
emak dan abah inginkan. Insya'allah, telah anakmu ini letakkan Emak dan Abah pada setiap doaku.
Semoga Allah swt memberkati setiap pengorbanan yang telah Emak dan Abah lakukan untuk anakmu ini.
Belanja Raya saya....iklan penuh makna!